Sibuk Lawan Covid-19, Dr Noor Hisham Teruja Masuk Dewan Bedah

Tugas beliau sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia boleh dikatakan terlalu sibuk apatah lagi Malaysia dan seluruh dunia masih lagi berdepan pandemik Covid-19. Namun ini tidak menghalang Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dari masuk ke dewan bedah .

Menerusi Facebook Dr Hisham berkongsi satu posting suasana sewaktu beliau menyertai pembedahan thyroidectomy seorang pesakit yang didiagnos menghjidap penyakit Gondok multinodular atau lebih dikenali sebagai pembesaran kelenjar tiroid

Dia jelas gembira dan berasa segar memandangkan sebelum ini terlalu sibuk menangani pandemik COVID-19.

Gembira dan berasa segar menyertai pembedahan

“Pagi ini saya berjaya melakukan ‘thyroidectomy’ kepada pesakit yang didiagnos goiter (pembesaran kelenjar tiroid).

“Sangat menyegarkan apabila berada di bilik operasi dan bertemu dengan semua kakitangan dewan pembedahan (OT). Saya juga diberi penerangan mengenai aliran dan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua operasi pesakit COVID-19.

Setiap hari berdepan cabaran dan pembelajaran baru

“Setiap hari ialah pelajaran dan cabaran baharu untuk kita bersiap sedia dengan kejadian yang buruk dan saya kagum dengan kepintaran, kekuatan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan kita,” katanya dalam perkongsian berkenaan.

Pandemik mengajar manusia banyak perkara

Tambah Dr Hisham, pengalaman berdepan pandemik seperti Covid-19 memberi banyak pengajaran berharga kepada rakyat mengenai perpaduan dan solidariti

“Tanggungjawab kita adalah untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri.

“Kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik dan terus berusaha untuk meneroka idea dan inovasi baharu.

Dr Noor Hisham di satu sidang media harian kesihatan mengenai Covid-19

“Kita kini dalam fasa pemulihan dan cabaran sebenar bermula sekarang untuk rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Rakyat dapat melaksanakan perkara itu kerana tiada apa yang mustahil, kini kita berharap ada harapan dan cahaya di hujung terowong untuk mengakhiri dan memutuskan jangkitan COVID-19 di negara ini,” katanya.



via BuzzKini

Post a Comment

Previous Post Next Post