Kebelakangan ini viral dakwaan yang mengatakan pokok lidah jin atau turut dikenali sebagai pokok Lidah Mentua boleh membersihkan udara dan memberi kesegaran kepada ruang rumah.
Ekoran dari itu pokok ini telah menjadi tanaman yang paling laris dijual di kedai-kedai tanaman atau Nursery.
Bagaimanapun Bernama melaprorkan, pokok ini tidak sesuai disimpan di dalam rumah dan mempunyai kesan burut terhadap manusia.
Seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim yang juga Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, meluahkan rasa bimbangnya dengan trend semasa yang menyimpan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata ini di dalam rumah lebih-lebih lagi didalam berisi tanah boleh membiakkan mikroorganisma.
Menurutnya ini kerana tanah merupakan lokasi kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” jelasnya
Namun menurut Dr Fatimah, terdapat alternatif lain bagi menggantikan tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah seperti tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.
Perkara sama turut dikongsikan Pusat Racun Negara sebelum ini di Facebook yang mengingatkan orang ramai tentang bahaya pokok tersebut terutamanya kepada kanak-kanak kerana mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin.
via BuzzKini