Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan tiada kes jangkitan Covid-19 yang berpunca daripada produk makanan segar termasuk ikan yang diimport dilaporkan di negara ini setakat ini.
Menerusi sidang media harian , Dr Hisham berkata ini kerana makanan yang dimasak dengan suhu yang tinggi akan membunuh virus yang ada sekiranya makanan itu tercemar.
“Virus tidak akan menular melalui makanan kerana haba akan membunuhnya,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.
Dr Noor Hisham demikian ketika mengulas mengenai jangkitan Covid-19 gelombang kedua yang mula berlaku di Beijing, China yang dikatakan berpunca daripada makanan segar yang diimport.
Namun dalam masa sama, beliau menasihatkan agar rakyat Maysia terus mengamalkan amalan kebersihan demi kesihatan diri.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, Malaysia secara sukarela akan melakukan percubaan terhadap vaksin Covid-19 sekiranya penyelidian usahasama antraa China dan Malaysia siap sepenuhnya
“China sudah melakukan fasa satu dan dua ujian klinikal dan laporannya mungkin dimaklumkan pada November atau Disember ini.
“Jika ujian klinikal ketiga memberi keputusan positif, kita akan secara sukarela mencuba vaksin itu,” katanya.
Sumber Foto: Medscape
via BuzzKini