Mana Nak Lari, Akhirnya Md Rayhan Kabir Berjaya Ditahan


LELAKI Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan agensi terbabit, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan pihaknya petang tadi.


Harian Metro difahamkan, Md Rayhan dikatakan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian risikan Ibu Pejabat JIM.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Sumber: Harian Metro


sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post