Kecoh di media sosial apabila lukisan mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Terbaru, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan individu yang tidak bertanggungjawab itu sedang menconteng lukisan tersebut dan menulis beberapa perkataan kesat.
Rakaman CCTV tempat kejadian
Ni pelaku dia. pic.twitter.com/IacoOkWexi— Berlin? (@amrlfazreq) July 20, 2020
Menerusi rakaman video yang dimuat naik melalui Twitter Amirul Fazreq, kelihatan dua orang individu yang disyaki wanita sedang menconteng mural berkenaan.
Suspek kelihatan memberhentikan kereta di bahu jalan berhampiran sebelum berjalan ke arah mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara. Mereka kemudian mula menconteng mural berkenaan menggunakan spray selama lebih kurang 2 minit.
Insiden tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat memburu pelaku yang tidak bertanggung jawab itu.
Sumber: Amirul Fazreq via Ohbulan.com
sumber Sehinggit Media News
Tags:
singget