Aeril Zafrel Buat Hal Lagi, “Umur Bukan Penghalang Buat Kami”

Sejak akhir-akhir ini ada sahaja gelagat Aeril Zafrel yang membuatkan ramai terhibur dengannya. Sungguh tidak disangka rupanya pelakon yang memiliki wajah serius ini juga berbakat dalam membuat lawak jenaka.

Lebih-lebih lagi video-video yang dihasilkannya menerusi aplikasi Tiktok. Memang kreatif dan kadang-kala membuatkan peminatnya geram kerana ‘kenakalannya’ mengenakan orang.

huawei petal search main

Editor's Pick

Nikmati 4 faedah pada peranti HUAWEI baru. Muat turun aplikasi lebih cepat, mudah dan selamat!

Open New Tab

Terbaru, Aeril Zafrel buat hal lagi dengan berkongsikan satu video suntingan menerusi laman Instagram miliknya. Menerusi video suntingan itu kelihatan momen-momen indah Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal.

Namun apa yang membuatkan video ini bikin ramai tertawa kerana Aeril Zafrel telah menyunting wajah isterinya dengan raut wanita tua. Tambahan pula dengan kapsyen yang ditulisnya iaitu, “Umur bukan penghalang buat kami. Doakan kami guys….” membuatkan ramai terhibur.

Berikut adalah perkongsian penuh Aeril Zafrel buat hal yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi:

Video tersebut telah meraih lebih 160 ribu tontonan dan 46 ribu likes biarpun tidak sampai sejam dimuat naik. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video yang dikongsikan oleh Aeril Zafrel ini di ruangan komen seperti berikut:

“Bhahahahha macam siot”

Aeril zafrel buat hal lagi 1

“Moga kekal menjadi penyejuk kiwa penyejuk mata masing-masing”

Aeril zafrel buat hal lagi 2

“Tue2 pun comeyyy laaaa”

Aeril zafrel buat hal lagi 3

Sementara itu, jom layan beberapa kisah menarik yang lain untuk menghiburkan hati anda. Ini antaranya:

Video Cikgu Membebel Dalam Kelas Curi Perhatian Warganet

Ingatkan Kedai Makan Rupa-Rupanya Rumah Orang!

Cuba Buat Video Temubual, Gelagat Dua Lelaki Ini Bikin Garu Kepala



source: Aeril Zafrel Buat Hal Lagi, “Umur Bukan Penghalang Buat Kami”

Post a Comment

Previous Post Next Post