Setiap keluarga mempunyai cara masing-masing dalam mendisiplinkan anak-anak mengikut perangai mereka yang hanya ahli keluarga sahaja tahu, kerana bukan semua orang akan patuh pada nasihat atau menyesali kesalahan dengan hukuman ringan.
Tanggungjawab untuk mendisiplinkan remaja-remaja yang masih berada di bawah tanggungan ibu bapa kadang kala jatuh ke tangan adik beradik sulung, seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini.
Editor's Pick
Nikmati 4 faedah pada peranti HUAWEI baru. Muat turun aplikasi lebih cepat, mudah dan selamat!
Open New TabDalam postingnya yang tular, dia meluahkan bagaimana setiapkali pulang ke kampung atuk nenek akan mengkritik cara kurang tegas ibu bapanya dalam mendisiplinkan anak sehingga adiknya terlalu leka bermain telefon.
Yang diorang ni taktegas didik anak sebab anak terlampau leka dengan fon . Aku kesian tgk parents aku kena macamtu . But it's okay , i dah hantar kedai .
— 𝓚𝓪𝓴𝓪𝓴ッ (@kakakpalah) August 2, 2020
Dia juga mejelaskan telah banyak cara lembut lain digunakan untuk menegur adiknya itu untuk berubah, namun perangainya tetap sama.
Jadi dia akhirnya menunjukkan ketegasannya dengan menghempas telefon adiknya sehingga skrinnya pecah untuk memberi pengajaran kepada pelajar darjah 5 itu.
Adik aku leka main game sampai taknak buat hw . and aku gunakan magic aku sebagai kakak. pic.twitter.com/Zblv0s7mEC
— 𝓚𝓪𝓴𝓪𝓴ッ (@kakakpalah) August 2, 2020
Namun rata-rata netizen tidak setuju dengan caranya itu sehingga ada yang menyifatkannya sebagai penderaan emosi.
“Disiplin cara toksik…”
as the oldest sibling my brothers annoy the HELL out of me but going out of my way to destroy their things..?? this is toxic discipline https://t.co/oexIVGK3qk
— sarah (@sharudo_o) August 3, 2020
Banyak cara lain boleh kawal. Tak kisah la phone tu sapa yang belikan, siapa yang repair, itu bukan persoalannya. Tak ke bangang bila dah beli phone, lepas tu sendiri jahanamkan, lepas tu sendiri yang keluar duit repair phone tu? https://t.co/egimcxAWtp
— Chairman GLC (@aizadfahmy) August 3, 2020
“Ini adalah penderaan…”
This is abuse https://t.co/i2QohkQgeF
— 𝕷𝖚𝖙𝖎𝖋𝖊𝖗 (@latypus) August 3, 2020
“Panas baran rupanya…”
Hehe go off queen no wonder still single panas baran rupanya❤ https://t.co/uPd028Hw79
— アンナ💫 (@nairobaeby) August 3, 2020
Selain itu, ada juga yang memberikan jalan penyelesaian yang lebih baik tanpa perlu mengajar mereka untuk menggunakan keganasan.
“Da tkleh fikir cara lain ker nak ajar adik?”
“settlekan masalah dengan musnahkan barang…”
“untung sbnrnya adik dia..”
“Sepatutnya darjah 5 tak perlu pon handphone ni…”
Jom layan cerita-cerita menarik di bawah ini pula.
Tolak Kawan Jatuh Basikal, Ramai Sokong Budak ‘Nakal’ Ini Dilempang
source: Kakak Pecahkan Telefon Gara2 Adik Terlalu Leka, “Untung Sbnrnya Adik Dia…”