Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia, selepas hampir 10 jam tertinggal di dalam kereta bapanya di Sungai Petani, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, kejadian hanya disedari bapa mangsa yang berumur 30-an itu, ketika hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya pada 6.20 petang.
“Sebelum kejadian, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah menghantar kakak mangsa ke sekolah di Sungai Petani pada 7.30 pagi, sebelum terus ke tempat kerjanya di Sungai Lalang.
“Bapa mangsa sepatutnya menghantar mangsa ke rumah neneknya di Sungai Pasir, namun terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Adzli berkata, selepas sampai ke tempat kerja, bapa mangsa keluar memandu lori ke beberapa kawasan, sebelum pulang semula ke tempat kerja berkenaan pada 4.30 petang dan terus masuk ke bangunan pejabat, untuk menguruskan kerja lain.
“Selepas selesai bekerja, bapa mangsa telah pergi ke kereta sebelum melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, di bahagian tempat duduk belakang kereta.
“Bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
— BERNAMA
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.
The post Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta Bapa Di Sungai Petani appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia