Tiga maut kemalangan babitkan tiga kenderaan di Kuala Krai

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Masjid Kampung Pahi, Kuala Kuala Krai, awal pagi tadi

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Che Razak Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 pagi sebelum lapan anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi.

Katanya, kemalangan itu membabitkan enam mangsa daripada tiga kenderaan iaitu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, lori dan kereta Perodua Axia mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Difahamkan sebelum kejadian, tayar ganti lori berkenaan yang dalam perjalanan ke Gua Musang tiba-tiba terpelanting ke sebelah kanan jalan dan terkena Mitubishi Triton yang dalam perjalanan ke Kuala Krai sehingga menyebabkan kenderaan itu berpusing lalu melanggar lori.

“Pada masa sama, kereta Perodua Axia yang berada di belakang Mitsubishi Triton dikatakan tidak sempat mengelak turut melanggar lori terbabit. Kenderaan Mitsubishi Triton itu turut terbakar 100 peratus.

“Walau bagaimanapun, pemandu lori serta pemandu dan penumpang PERODUA Axia terselamat, namun tiga mangsa yang berada di dalam Mitsubishi Triton meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

The post Tiga maut kemalangan babitkan tiga kenderaan di Kuala Krai appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post