(Video) Hidap ‘Hydrocephalus’ Hingga Kepala Membesar, Adik Alina Perlukan Sumbangan Untuk Susu Khasnya

Walaupun dunia kini semakin maju ke hadapan, namun tidak dinafikan di sebalik terbinanya bangunan-bangunan gah yang mencakar langit, masih wujud sebilangan manusia yang agak ‘memerlukan’.

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu, atau mungkin ada yang tahu tapi buat-buat tidak tahu.

Hanya hebahan secara tular di media sosial satu-satunya cara yang dikatakan paling ‘ampuh’ untuk menyebarkan sesuatu maklumat itu.

Justeru, baru-baru ini satu hebahan tular sampai ke meja penulis, berkenaan seorang kanak-kanak yang sakit dan memerlukan bantuan orang ramai.

Difahamkan, ayah kanak-kanak tersebut amat memerlukan bantuan kewangan untuk membeli keperluan rawatan buat anaknya itu.

Mari sama-sama kita ikuti perkongsian oleh warga Facebook bernama Adi Aqeed seperti di bawah ini.

Nota: Artikel hebahan ini sudah mendapat pengesahan dan kebenaran oleh ayah Alina, En. Saiful Isahak.

Sebak lihat adik ni…

Terlantar, kepalanya membesar.

12 Ogos 2020
Tok Bali , Pasir Puteh

Petang semalam saya singgah di sebuah rumah kecil tanpa bilik di Kampung Tok Bali, diduduki lima beranak, saya melangkah masuk ke dalam setelah dijemput oleh tuan rumah.

Tergamam dan terkedu saya seketika bila melihat seorang anak kecil yang terlantar sakit terbaring hanya di tikar plastik.

Adik Alina terlantar tak mampu untuk mengangkat kepalanya yang membesar akibat menghidap Hydrocephalus, iaitu sejenis penyakit cecair lebihan dalam kepala.

Anak kepada seorang penjaja ikan ini perlu minum sejenis susu khas yang mahal seperti disarankan oleh doktor, iaitu susu Pediasure.

Bila ada temujanji atau rawatan susulan, bapa Alina terpaksa bercuti menjaja ikan untuk membawanya ke hospital.

Dua (2) tiub khas (shunt) telah dipasang di kiri dan kanan kepala anak kecil ini hingga ke bahagian perut bagi menyalurkan lebihan cecair dari kepalanya.

Kos keperluan bulanan yang diperlukan

Kos keperluan khas untuk adik Alina mencecah RM600 sebulan, termasuk susu khas, lampin dan kos perjalanan ulang-alik sebanyak empat (4) kali sebulan di dua (2) hospital berbeza.

Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu melalui elaun bulanan sebanyak RM350 sebulan dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pula sebanyak RM1,500 setahun.

Memang menitis air mata melihat keadaan Alina yang terbaring menderita akan penyakitnya itu, ditambah lagi dengan keadaan tempat tinggal yang agak kurang selesa.

Kalau ada siapa-siapa yang nak berkongsi rezeki untuk bantu ringankan beban adik ni, silakan rujuk maklumat di bawah ya.

Nombor akaun bapa:

Bank Islam
0303 6021 0955 20
Mohamad Saiful Bin Isahak

Nombor untuk dihubungi:

No Telefon: 019 544 6069 atau tekan link ni untuk WhatsApp www.wasap.my/60195446069/Alina

Alamat:

2432 (No.1), Ban Tembakau, Projek LTN,
Air Tawar, Tok Bali, Semerak,
16700 Pasir Puteh, Kelantan.

The post (Video) Hidap ‘Hydrocephalus’ Hingga Kepala Membesar, Adik Alina Perlukan Sumbangan Untuk Susu Khasnya appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post