Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih. Bukan apa, hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan.

Tetapi, tahukah anda tidur di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup boleh menyebabkan keracunan karbo monosikda (CO) ?

Macam mana gas CO boleh membunuh manusia?

1. Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekszos dan masuk ke kabin penumpang.

2. Karbon monosikda tidak berbau dan tidak berwarna, jadi anda tidak akan sedar yang anda sedang menyedut gas beracun ini.

3. Gas CO akan mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksige ke sel-sel dalam tubuh manusia menyebabkan kerosakan organ.

4. Kepekatan gas CO yang tingi dalam darah boleh membunuh.

Dalam infografik yang dikongsikan Bernama ini menasihatkan pemandu kenderaan agar sentiasa memeriksa pendingin hawa kenderaan anda dan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan insiden tidak diingin berlaku.

Sesetengah pendapat iaitu pemandu dan penumpang diminta untuk menurunkan sedikit cermin kenderaan supaya dapat mengelakkan daripada keracunan gas di dalam kereta bukanlah satu tindakan yang tepat. Sebaiknya keluar dari kenderaan anda dan berehatlah di tempat yang sesuai untuk segarkan dan rehatkan badan.

The post Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post