Langgar Lari: Pemandu Camry Direman 4 Hari

M Update, 1/9/2020 – Pemandu Toyota Camry yang menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 56 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang hingga melanggar sebuah motosikal, semalam direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, lelaki berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini hingga 4 September ini untuk siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan kereta Toyota Camry berkenaan menggunakan laluan kecemasan hingga melanggar sebuah motosikal dan mengakibatkan penunggang serta pembonceng motosikal terbabit jatuh. Insiden yang dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian itu tular di media sosial semalam.

Bagaimanapun, pemandu Toyota Camry terbabit ditahan di Balai Polis Gombak selepas menyerah diri ketika membuat laporan berhubung kejadian itu jam 6.51 petang, semalam. – HM Online

The post Langgar Lari: Pemandu Camry Direman 4 Hari appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post