260 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 259 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 260 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 260 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes secara keseluruhan.

KKM melaporkan bahawa terdapat 1 kes import sahaja pada hari ini. Sebanyak 259 kes merupakan kes tempatan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 47 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,014 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.

Sumber: KKM

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post 260 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 259 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post