Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu individu yang didakwa terlibat dalam sindiket Macau Scam dan perjudian berjaya melarikan diri dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun, individu yang ditahan membantu siasatan berhubung kes tersebut iaitu Datin Alyaa Syuhaila meluahkan rasa bengang di Instagram miliknya apabila suaminya Datuk Seri Addy Kanna dituduh sebagai individu yang melarikan diri.
Kata Alyaa lagi, dia turut kecewa apabila netizen mencaci dan menghina fizikal serta bentuk badan suaminya serta yang menyamakan dengan binatang yang haram dimakan oleh Muslim iaitu babi.
“Asal Datuk Seri je suami saya kena. Asal lari je suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemuk babi bagai. Kenapa, keluarga korang tak ada yang gemuk ke? Tanya je, ke muka diaorang macam babi?
“Lepas ni apa korang nak tuduh? Terutamanya media yang suka viralkan benda belum sahih! Yang netizen pun sibuk nak hukum orang lain, acah-acah ahli syurga. Sendiri tak cermin muka, cakap macam tak ada agama. Dasar manusia munafik,” tulisnya.
Dalam pada itu Alya turut meminta netizen supaya berhenti mengada-adakan cerita selagi mereka belum disabitkan kesalahan kerana bimbang boleh jatuh fitnah jika tiada bukti. Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan mereka memberi kerjasama penuh untuk membantu pihak SPRM.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story lagi, dia sebelum ini pernah menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan haram tersebut dan disebabkan itulah akaun media sosial masih aktif seperti biasa.
“Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scammer ini. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup akaun IG ni. Tapi orang fitnah kami sana sini cakap kami Macau Scam. Ada berita mentioned nama kami?,” katanya.
Sumber: Astro Gempak via Rotikaya
sumber Sehinggit Media News