M Update, 21/10/2020 – Tindakan tidak teragak-agak kerajaan New Zealand dalam menghentikan penularan pandemik COVID-19 sejak awal lagi, menyaksikan ia menjadi antara negara terbaik dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Global ketika ini.
Bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark, berkata ketika pandemik COVID-19 mula menular di seluruh dunia dengan pusat jangkitan ketika itu berada di China, New Zealand membuat keputusan untuk menutup sempadan negaranya, seawal Februari. Berbeza dengan kebanyakan negara, New Zealand bernasib baik kerana tidak mempunyai sempadan daratan, justeru memudahkan keputusan untuk menutup sempadan antarabangsanya.
“Sejak awal Februari, kami tidak membenarkan perjalanan dari China dan bukan kami saja yang melakukannya. Sudah tentu keputusan itu tidak begitu popular dengan Beijing. Pada bulan sama, kami juga tidak membenarkan perjalanan dari Iran. Pada awal Mac, pusat jangkitan berpindah ke Eropah dari China dan Asia Timur. – Helen Clark
Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Jacinda Ardern serta Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand yang mempunyai latar belakang kesihatan awam yang kukuh, mereka enggan menggunakan pelan pandemik demam selesema (flu) yang dirasakan tidak boleh digunakan untuk menangani COVID-19. Kami berpendapat COVID-10 harus dihentikan.
Clark berkata, keputusan itu dibuat berikutan COVID-19 mengancam kelompok yang berisiko tinggi yang mempunyai masalah kesihatan serta warga emas. Beliau berkata, demografik itu mewakili kelompok besar dalam kalangan populasi negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia dan negara berpendapatan tinggi seperti New Zealand.
Katanya, kerajaan New Zealand kemudian meningkatkan langkah yang perlu diambil menjelang 22 Mac sebelum memperkenalkan peringkat tahap kecemasan dan kemudiannya melaksanakan penutupan sepenuhnya yang lebih ketat yang menghalang semua pihak kecuali rakyatnya serta penduduk tetap daripada memasuki negara itu.
Sejak itu New Zealand berjaya menghentikan jangkitan daripada penularan pertama dan selama 102 hari tidak mempunyai kes baharu. Kemudian kami mempunyai beberapa kes sporadik di sempadan kerana masih ada rakyat dan penduduk tetap yang memasuki negara dan sesetengah mereka sudah dijangkiti, selain di pelabuhan dan nelayan yang bekerja di atas kapal nelayan New Zealand.
Sepanjang tujuh minggu, New Zealand melaksanakan ‘lockdown’, Perdana Menteri Jacinda Adern muncul di televisyen pada jam 1 tengah hari sekurang-kurangnya enam hari seminggu, memaklumkan kepada rakyat bahawa beliau sentiasa ada untuk rakyat dan mengumumkan apa langkah yang diambil kerajaan.
Apa yang kami lakukan ialah langkah kesihatan awam klasik iaitu kami melaksanakan ujian saringan menyeluruh dan pengesanan kontak bagi mereka yang dijangkiti. Sesiapa saja yang dijangkiti, mereka yang positif menjalani kuarantin, manakala kontak rapat diasingkan. Rakyat negara itu akur dengan tindakan berkenaan kerana mereka sedar cara itu membolehkan kehidupan mereka kembali normal.
Pada masa sama, ketokohan pemimpin wanita seperti Ardern dan Canselor Jerman, Angela Merkel serta empat Perdana Menteri wanita di negara Scandinavia yang sangat bersimpati dengan kehidupan rakyat, memungkinkan kepada kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan langkah-langkah yang diambil. Pemimpin berkenaan tidak mendengar suara-suara yang mengekang tindakan membabitkan keselamatan dan kesihatan serta kebajikan rakyat dalam melaksanakan rancangan menangani COVID-19.
“Ia adalah perkara penting, kerana untuk berkomunikasi dengan rakyat, pemimpin perlu telus mengenai apa yang mereka tahu atau tidak tahu, apa nasihat yang terbaik.
The post Ketegasan PM New Zealand, Kunci Kejayaan Putuskan Penularan COVID-19 appeared first on M-Update.
source : M-Update