M Update, 9/10/2020 – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan bahawa semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Okt ini.
Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari kedua dan ke-10 dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit. Hanya kos kuarantin dan ujian COVID-19 rakyat Sarawak akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak. -Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Pemantauan lebih ketat HSO akan dikuatkuasakan serta-merta dan polis akan memantau individu yang telah diarah menjalaninya. Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sebelum ini, arahan kuarantin wajib 14 hari yang dikeluarkan pada 4 Okt tidak terpakai kepada rakyat Sarawak yang tiba dari Semenanjung dan mereka hanya perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Bagaimanapun, susulan peningkatan kes positif dari luar Sarawak yang melibatkan rakyat negeri itu, keputusan lebih drastik perlu diambil.
The post Kuarantin Wajib 14 hari Jika Masuk Ke Sarawak Mulai 10 Okt appeared first on M-Update.
source : M-Update