Lelaki Lambai Anak & Bini Di Malaysia, Berbulan2 Rindu Belum Dapat Jumpa

Terpisah dengan orang tersayang bukanlah suatu perkara mudah apatah lagi sekiranya dalam jangka waktu yang lama. Pastinya kerinduan terpaksa ditanggung dan membuatkan jiwa meronta-ronta mahu bertemu melepaskan rindu.

Lambai dari sempadan

Termasuklah pasangan suami isteri dikenali sebagai Muhamad Faiz dan Shafikah Sarip ini yang nekad bertemu di sempadan antara Malaysia dan Singapura walaupun dalam jarak jauh beberapa hari lalu.

Terpisah hampir lapan bulan akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pasangan tersebut hanya mampu melepaskan kerinduan dari seberang laut.

Menerusi posting yang dimuat naik dalam laman Facebook Faiz, dia membuat panggilan video dari Wooddlands Waterfront Park di Singapura.

Dia kemudiannya bertanya “mana awak?” dan dibalas oleh isterinya “saya kat sini, pakai baju hitam putih. Nampak tak?” sebelum melambaikan tangan kepada wanita itu.

Siap bawa teropong

Sementara itu, dalam video yang dimuat naik oleh Shafikah pula menunjukkan dua orang anaknya keriangan melihat bapa mereka melambaikan tangan dari seberang laut.

Tidak mahu melepaskan detik berharga tersebut, dia turut membawa teropong untuk melihat kehadiran suaminya itu dengan lebih jelas lagi.

Terdahulu, sempadan Malaysia dan Singapura ditutup bagi mengekang penularan virus berkenaan. Diharapkan semoga keluarga ini terus tabah dan dapat bersatu kembali tidak lama lagi apabila keadaan semakin pulih.

Sumber: Facebook Muhamad Faiz, Shafikah Sarip via https://borakdaily.com



sumber Sehinggit Media News

Post a Comment

Previous Post Next Post