Sejak semalam, tular di media sosial video seorang pengasas kosmetik bergelar Datuk Seri disimbah air ketika sedang membuat live Facebook di sebuah kedai makan.
Dia yang pada awalnya sedang berinteraksi dengan penonton di Facebook sambil menikmati makanan di restoran Nasi Daging Sempoi telah didatangi seorang lelaki yang bertindak menyimbah air berwarna merah secara tiba-tiba..
Air merah selamat ‘mendarat’
Potongan video usahawan tersebut disimbah air telah tular selepas akaun Twitter milik Jabatan Netizen Malaysia memuat naiknya di media sosial.
Kedengaran dengan jelas bahawa usahawan tersebut yang dikenali sebagai Datuk Seri Eein bercakap agak kasar dan kuat sambil bergelak ketawa ketika di kedai makan. Secara tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menyimbah air ke arah usahawan itu.
Tengah buat live Fb tiber..... teruskan menonton😂😂😂
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) October 9, 2020
Mulut tue jaga lain kali🤐 pic.twitter.com/FyPFCLbh7L
First time kena simbah masa live FB
Menerusi Facebook Datuk Seri tersebut pula, dia memaklumkan akan menyaman lelaki itu kerana melakukan kekacauan kepadanya. Hal ini kerana sepanjang tiga tahun membuat live di media sosial, tidak pernah lagi ada yang dengki terhadapnya.
Pemilik kedai mohon maaf kepada pelanggan lain
Dalam pada itu, pemilik kedai makan yang menjadi ‘medan’ perbalahan usahawan kosmetik dan serorang lagi pelanggannya telah tampil memberikan kenyataan.
Menurut pemilik Nasi Daging Sempoi, pihak mereka memohon maaf kepada pelanggan yang lain andai mereka terganggu dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu.
Tempat awam, pandai2 jaga ketenteraman
Sehubungan dengan penularan video tersebut, seperti biasa, netizen tetap menjalankan tugas dengan meninggalkan komen di ruangan Twitter Jabatan Netizen Malaysia.
Rata-rata mereka telah menyokong tindakan lelaki yang menyimbah air tersebut kerana berasa berang dengan celoteh ‘tajam’ usahawan itu.
Namun begitu, ada juga yang menyatakan lebih elok andai mereka berbincang dengan cara baik kerana ramai lagi pelanggan yang ingin menikmati makanan di kedai makan tersebut.
Sumber: Jabatan Netizen Malaysia, Nasi Daging Sempoi, DS Endy via https://ohmymedia.cc
sumber Sehinggit Media News