M Update, 30/10/2020 – Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Paris Saint-Germain selepas pahanya cedera ketika menentang Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.
Neymar dikeluarkan pada minit ke-25 di Istanbul sebelum PSG memenangi perlawanan 2-0. Neymar yang kemudiannya cuba meneruskan permainan sebelum meminta diganti, menjalani imbasan MRI dan mendapati ada kekoyakan di otot pahanya,” kata media Perancis.
Tiga perlawanan PSG seterusnya adalah aksi Ligue 1 di Nantes esok, diikuti kunjungan RB Leipzig ke Paris untuk saingan Liga Juara-Juara pada Rabu dan pertemuan dengan Rennes (Ligue 1) pada 7 November. Selepas itu adalah rehat perlawanan antarabangsa di mana Brazil akan berdepan Venezuela dan Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Namun belum ada keputusan berkenaan penyertaan bintang Brazil itu untuk aksi berkenaan.
Jurulatih PSG, Thomas Tuchel sudah pasti resah dengan senarai panjang krisis kecederaan pemainnya membabitkan Marco Verratti, Mauro Icardi, Leandro Paredes, Julian Draxler dan Juan Bernat dengan terkini Neymar.
The post Neymar Cedera, Bakal Terlepas Tiga Perlawanan appeared first on M-Update.
source : M-Update