Paling Tinggi Dalam Sejarah, 287 Kes Baharu COVID-19 Dan Semuanya Kes Tempatan

Menerusi sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 81 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 10,095 kes.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semua merupakan kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 11, 771 dengan kes 1, 540 kes aktif.

Kes tertinggi dilaporkan di Kedah iaitu sebanyak 129 kes, Sabah dengan 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.

Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan pada hari ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Paling Tinggi Dalam Sejarah, 287 Kes Baharu COVID-19 Dan Semuanya Kes Tempatan appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post