M Update, 20/10/2020 – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menyatakan negara itu tidak perlu tergesa-gesa untuk mengeluarkan vaksin berikutan kebimbangan orang ramai mengenai status halalnya.
Dengan lebih daripada 365,000 kes COVID-19 dan 12,000 kematian dilaporkan, Indonesia bertungkus lumus untuk mengawal pandemik itu dan kerajaan juga berusaha untuk turut mendapatkan vaksin biarpun masih dalam penyelidikan, sebelum vaksin selamat dan terbukti dihasilkan.
Sementara itu, kalangan ahli epidemiologi melahirkan rasa kebimbangan dan berpendapat bahawa Jokowi harus fokus pada ujian dan mengesan kontak sehingga vaksin yang selamat dan berkesan tersedia. Kontroversi mengenai vaksin yang mematuhi prinsip Islam mempengaruhi tanggapan kesihatan awam di Indonesia sebelum ini, termasuk pada tahun 2018 ketika Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa menyatakan vaksin campak adalah haram atau dilarang di bawah Islam.
Menteri-menteri kanan turut menyatakan bahawa vaksin kecemasan akan diperoleh seawal bulan hadapan, namun Jokowi mengambil pendekatan berhati-hati dengan memberi amaran supaya mengenalpasti terlebih dulu sama ada vaksin itu halal, atau dibenarkan di bawah Islam.
“Saya meminta untuk tidak tergesa-gesa mendapatkan vaksin ini kerana ia sangat kompleks. Saya mahukan persediaan yang baik khususnya dalam hubungan halal dan haram, harganya dan kualiti,” katanya dalam satu mesyuarat tertutup. – Jokowi, Presiden Indonesia.
Indonesia sebelum ini berjanji untuk mendapatkan vaksin bagi 100 juta rakyatnya pada tahun depan, tetapi Jokowi mengatakan skala vaksin di negara kepulauan dengan 270 juta penduduk itu sangat mencabar.
Indonesia sebelum ini memesan sebanyak 50 juta dos vaksin dari Sinovac, China menjelang Mac tahun depan dan 100 juta dari AstraZeneca pada bulan April.- AGENSI/BH
The post Pastikan Vaksin Halal – Jokowi appeared first on M-Update.
source : M-Update