Pemandu Myvi Akan Didakwa Esok – Polis Johor

M Update, 14/10/2020 – Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret pagi esok. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi media, mengesahkan perkara itu.

Kertas siasatan kes pemandu wanita itu diserahkan ke Jabatan Peguam Negara di Putrajaya, semalam, bagi tindakan pendakwaan dan tindakan selanjutnya.

Pemandu berusia 23 tahun itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan sudah tamat tempoh dan saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.

Sabtu lalu, polis dilaporkan menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, hingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut.

Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di lokasi kejadian manakala Chang Ah May, 78, dilaporkan cedera ringan.

The post Pemandu Myvi Akan Didakwa Esok – Polis Johor appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post