M Update, 16/10/2020 – Solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau dengan jumlah jemaah terhad dibenarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Keputusan itu diambil pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Bagi solat Jumaat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan satu meter antara jemaah. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Bagi solat fardu tidak melebihi 20 jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan satu meter antara jemaah. Jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat masing-masing melalui jemputan atau kaedah terbaik yang diputuskan bersesuaian di bawah kariah masing-masing.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diharap dapat memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi sebaiknya oleh jemaah demi kemaslahatan bersama. Manakala di Selangor ia bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.
The post Solat Jumaat, Fardu Berjemaah Dibenarkan di KL, Putrajaya appeared first on M-Update.
source : M-Update