Seorang suami terkejut apabila mendapati isterinya berada dalam keadaan tanpa seurat benang bersama dengan lelaki di dalam bilik kelamin mereka, selepas dia pulang dari mencari rumput untuk haiwan ternakan.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa (13/10/2020), si suami yang dikenali sebagai AS, 32, melibas sabit di kepala lelaki itu yang juga merupakan jirannya.
Mangsa berusia 42 tahun hanya diketahui sebagai 'S', kemudian menangkis serangan itu dan hampir menyebabkan tangannya putus.
AS berkata, sebelum dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah, dia terdengar suara lelaki di dalam bilik lalu segera membuka pintu dan ternampak isteri dan jirannya itu sedang melakukan hubungan intim.
"Isteri saya tak berpakaian dengan dia, jadi saya terus emosi," kata si suami.
Pegawai Polis Daerah Lumajang, Indonesia, Masykur mengesahkan kejadian itu berlaku dan mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa masih hidup dan kini sedang dirawat di hospital," katanya.
Sumber: Agensi via The Reporter
sumber Sehinggit Media News