M Update, 22/10/2020 – Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton bakal melancarkan model SUV terbaharunya, Proton X50 pada 27 Okt ini.
Proton Holdings Bhd mendedahkan pelancaran SUV kompak yang akan menjadi pemangkin perubahan kepada PROTON itu akan disiarkan secara maya menerusi laman Facebook rasminya, Proton Cars pada jam 10.50 pagi, Selasa depan.
Ikuti laman Facebook rasmi PROTON dari semasa ke semasa. dan bersedia untuk pelancaran rami secara maya Proton X50 pada 10.50 pagi, 27 Oktober ini.
Difahamkan, model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Proton di Tanjong Malim itu menerima lebih 20,000 tempahan dalam tempoh dua minggu selepas tempahan dibuka pertengahan September dengan tempoh menunggu sehingga enam bulan. Namun, tiada pengesahan rasmi dari PROTON berkenaan jumlah tempahan itu termasuk perkara yang cukup dinantikan iaitu harganya.
Berdasarkan andaian dan jangkaan pemerhati industri, Proton X50 dijangka ditawarkan bermula di bawah RM80,000 untuk memberi pilihan kepada rakyat membuat pilihan sama ada SUV kompak itu atau Proton X70 yang ditawarkan pada harga bermula RM94,800.
The post SUV Terbaru Proton, Proton X50 Akan Dilancar 27 Oktober Ini appeared first on M-Update.
source : M-Update