Tak Mahu Pelajar Ketinggalan, Guru Ini Gigih Datang Rumah Pelajar Dan Mengajar Guna Dulang

Seorang guru dilaporkan telah menggunakan dulang aluminium sebagai pengganti papan hitam untuk mengajar anak muridnya, lapor Tribun News.

Guru yang bernama Susilawati itu dikatakan melawat pelajarnya setiap hari dan mengakui bahawa anak muridnya sukar memahami sekiranya hanya dijelaskan secara lisan.

Mangajar di SDN 131 Manyollong, Kecamatan Sinjai Tengah, Sulawesi Selatan, Susilawati aktif mengunjungi rumah pelajar untuk mengajar secara bersemuka ketika krisis pandemik COVID-19 ini.

Keadaan memaksanya menggunakan dulang milik ibu bapa pelajarnya kerana tidak mempunyai papan hitam.

Dia sanggup pergi mengajar di rumah pelajarnya kerana tidak semua mempunyai telefon pintar atau mempunyai jaringan internet.

Pada mulanya, Susilawati cuba menulis melalui dulang di rumahnya dengan menguji dakwat penanda. Percubaannya berjaya dan kemudian diterapkan kepada pelajar semasa mengajar.

“Saya menggunakan dulang ini kerana tidak dapat membawa papan hitam dari sekolah dan ia mudah difahami oleh pelajar,” katanya.

Usahanya itu turut dihargai oleh Ketua Perkhidmatan Pendidikan Sinjai, A Jefrianto Asapa yang sangat kagum dengan cara guru tersebut menggunakan alat pembelajaran yang inovatif.

Namun, Pejabat Pendidikan Sinjai sedang menyiapkan sistem pembelajaran video dengan bahan yang sederhana dan berkualiti agar penggunaan dulang tersebut tidak digunakan secara terus menerus oleh guru-guru.

Sumber: Tribun News

Join Telegram

Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.

The post Tak Mahu Pelajar Ketinggalan, Guru Ini Gigih Datang Rumah Pelajar Dan Mengajar Guna Dulang appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post