Bapa Ditahan Disyaki Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas ‘Online’

Polis menahan seorang lelaki tempatan semalam, disyaki memukul anak perempuannya yang berusia 12 tahun dengan kayu semasa sesi pembelajaran secara dalam talian (online) di Seksyen 8, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 41 tahun itu ditahan di tempat letak kereta kira-kira 4 petang, di sini berikutan pihaknya menerima laporan daripada guru sekolah rendah mangsa yang mengatakan lelaki itu bertindak memukul pelajarnya.

“Guru sekolah tersebut melihat mangsa dipukul oleh suspek dengan menggunakan sebatang kayu atau tongkat di bahagian belakang mangsa ketika kelas (dalam talian) sedang berjalan di rumah mangsa di Jalan SS4D/9 di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Sabtu lalu (31 Okt),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek memukul mangsa bertujuan untuk mengajar anaknya supaya lebih peka dan fokus ketika belajar semasa kelas dalam talian.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun mengaku atas kesalahan dan dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mangsa diserahkan kembali kepada keluarganya setelah pemeriksaan lanjut dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: BERNAMA

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

The post Bapa Ditahan Disyaki Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas ‘Online’ appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post