Putrajaya, 6 November – Kerajaan telah bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai buat rawatan perubatan rakyat Malaysia.
“Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokkal, influenza dan COVID-19,” kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan belanjawan hari ini.
“Pelepasan ini diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak, terhad kepada RM1,000,” katanya.
BACA: BPR Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM 2,500, Terima Bantuan RM1,200 Hingga RM1,800
Menteri Kewangan @tzafrul_aziz mula membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada pukul 4.23 petang#Belanjawan2021#Budget2021#BernamaBudget21 pic.twitter.com/18uqBu55I7
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 6, 2020
Kerajaan juga akan meningkatkan had pelepasan cukai ke atas belanjawan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000. Had pelepasan cukai bagi pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 manakala bagi penjagaan ibu bapa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.
Sumber: Bernama TV
Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.
Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.
Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.
The post Belanjawan 2021 : Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan Dan Anak Bagi Penyakit Serius Akan Dinaikkan Kepada RM8,000 appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia