Cik Misi Terkilan Ada Orang ‘Takut’ Bila Beruniform Putih, Konon Bawa Kuman Sampai Tak Nak Naik Lif Sama-Sama

Tular baru-baru ini tentang luahan perasaan seorang wanita terhadap orang ramai yang cuba untuk memulau mereka hanya kerana memakai baju seragam putih jururawat.

Jururawat atau misi ini merupakan salah ‘wira’ untuk negara terutamanya pada waktu pandemik Covid-19 ini. Mereka sepatutnya diberi penghormatan bukan dilempar dengan cacian dan dipandang serong oleh masyarakat.

Perkongsian ini daripada Suhaizam Mohd Azhar menerusi laman Twitternya yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

“Sumpahlah selama ni korang layan ‘nurse’ yang berkorban dari awal sampai akhir macam ni?”

Inilah antara cerita ringkas yang dikongsikan oleh jururawat tersebut. Hina sangatkah mereka memakai baju uniform tersebut sehinggakan mereka dilayan seperti ini? Dalam situasi ini jelas menunjukkan sesetengah masyarakat masih berfikiran kolot.

Kata wanita dalam status Whatsappnya, mereka tidak memakai uniform putih tersebut semasa kendali pesakit pada waktu ini, malah mereka sangat menjaga kebersihan.

Jadi, sebagai masyarakat yang bertamadun, kita seharusnya menghormati antara satu sama lain. Kita tidak tahu pengorbanan dan dugaan mereka menghadapi cabaran tambah-tambah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 ini. Sebagai masyakat Malaysia, kita seharusnya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian wabak Coid-19 ini.

Sumber: Suhaizam

Tentang pinjaman pelajaran dengan anak anda

The post Cik Misi Terkilan Ada Orang ‘Takut’ Bila Beruniform Putih, Konon Bawa Kuman Sampai Tak Nak Naik Lif Sama-Sama appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post