Institusi Pendidikan Di Seremban Ditutup Mulai 5 Nov – 18 Nov

Foto Hiasan

M Update, 4/11/2020 – Semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di Seremban, Negeri Sembilan ditutup bermula Khamis ini hingga 18 November.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di daerah Seremban bermula Khamis ini hingga 18 November. Pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

Penutupan institusi pendidikan itu merangkumi tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Manakala senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik dalam portal KPM, www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi KPM. – Kementerian Pendidikan (KPM)

Menurut KPM, sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my.

The post Institusi Pendidikan Di Seremban Ditutup Mulai 5 Nov – 18 Nov appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post