Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut-turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021

Dengar-dengar kerajaan telah dicadangkan untuk memberi bantuan sara hidup setiap bulan sebanyak RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan dalam pembentangan Belanjawan 2021, Jumaat nanti.

Usul yang telah dicadangkan oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin itu, disifatkan penting baginya untuk menyelamatkan rakyat khususnya golongan B40 yang terkesan akibat COVID-19.

Belanjawan 2021


Pihak beliau mendakwa terdapat banyak luahan yang diterima daripada rakyat terutamanya di kawasan ibu kota, berharap suara mereka yang amat memerlukan bantuan diberi perhatian kerajaan.

Saya berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen nanti adalah belanjawan yang akan menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara.

BACA: Ini Cara-Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui SPA9 Yang Baharu

Saya dengar keluhan rakyat, ada yang mahu pinjam duit dari ‘Ah long’, sebab tak bayar sewa rumah, diberhentikan kerja malah hingga terpaksa ikat perut untuk kelangsungan hidup sepanjang pandemik ini.

Ini adalah masa di mana rakyat amat perlukan bantuan daripada kerajaan, tiada siapa boleh menafikannya. – Katanya

Pada masa sama, Muhamad Muqharabbin pula turut meluahkan supaya kerajaan mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Bagi golongan pelajar di institusi pengajian tinggi pula, mereka boleh dibantu dengan diberikan pengecualian yuran. – Katanya.

Begitu juga dengan golongan peniaga kecil, mereka perlu dibantu dengan pemberian dana sebanyak RM3,000 untuk perniagaan baharu melalui Belanjawan 2021 ini.

Penurunan sewa bulanan bagi pengusaha yang menyewa ruang di gedung atau pasar raya selain memberikan lesen sementara bagi peniaga yang berniaga di jalanan bagi tempoh enam bulan ini.

Dia juga dikatakan ingin mengelak dan tidak mahu sampai rakyat turun ke jalanan seperti yang berlaku di negara jiran dengan mencetuskan huru hara kerana marah dengan kerajaan.

Belum lagi Jumaat tapi dah banyak usul yang nak dibentangkan untuk Belanjawan 2021 jumaat nanti. Sama ada usul-usul ini dapat diluluskan atau sebaliknya, sama-sama lah kita menanti dengan penuh debaran.

Kredit: Berita Harian

The post Kerajaan Cadang Beri Bantuan Selama 6 Bulan Berturut-turut Kepada Rakyat Dalam Belanjawan 2021 appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post