Langgar Kereta Polis Sebelum Memecut Ke Dalam IPD & Rempuh Lagi Dua Anggota

Seorang lelaki warga emas yang berusia 64 tahun merempuh dua motosikal yang ditunggang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah semalam. Dah kenapa tu? Mujurlah dua anggota polis yang merupakan seorang lelaki yang berusia 32 tahun dan seorang lagi perempuan yang berusia 26 tahun hanya mengalami keceraan ringan sahaja.

Pada awalnya, suspek terlibat dalam kemalangan di Seri Iskandar dan kemudiannya diiringi anggota polis ke balai. Semasa berada di pos pengawal, suspek memberhentikan kenderaan yang dipandunya sebelum mengundur dan melanggar kereta polis yang ada dibelakangnya.

Lepas je dari itu, suspek terus memecut kedalam IPD dan melanggar dua anggota tersebut yang dikatakan baru saja ingin keluar bertugas. Menerusi laporan Harian Metro, kedua-dua mereka tercampak ke bahu jalan selepas dirempuh suspek.

Suspek tidak menyerah diri dan terus menyeret sebuah motosikal anggota polis berkenaan kira-kira sejauh 100 meter. Walaubagaimanapun, suspek dapat ditahan setelah melanggar pokok. Kenapa suspek berbuat sedemikian masih belum diketahui lagi dan didapati warga emas itu bercakap seorang diri dan dipercayai berhalusinasi.

Kredit: Harian Metro

Join Telegram

Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G

Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.

Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.

Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.

The post Langgar Kereta Polis Sebelum Memecut Ke Dalam IPD & Rempuh Lagi Dua Anggota appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post