Moratorium Bakal Dilanjutkan?

Nampaknya semakin berdebar-debar la hati rakyat Malaysia nak tunggu pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ni.

Dengarnya ada cadangan baru untuk Pembentangan Belanjawan 2021 berkenaan moratorium. Moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman perbankan dikatakan mungkin akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Perkara itu telah pun dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri di Dewan Rakyat pada hari ini.

BACA: Moratorium Pinjaman Kereta Dan Pinjam Islamik Ditarik Balik? Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini

“Jumaat ini ada pembentangan bajet yang akan menentukan sama ada inisiatif itu dilanjutkan atau sebaliknya. Tunggu pengumuman Jumaat ini. – Katanya.

Beliau juga ada menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai), sama ada kerajaan akan melanjutkan moratorium seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik ini telah diumumkan oleh kerajaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, iaitu selama enam bulan berakhir 30 September lalu dan disambung hingga Disember ini secara bersasar.

Buat yang tak terkesan waktu-waktu pandemik ni mungkin tak kisah soal Moratorium ni. Tapi bagi mereka yang terkesan teruk, jika ini dilanjutkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban buat mereka. Semoga berita yang baik-baik sahaja buat kita dalam waktu terdekat ni.

Kredit: Sinar Harian

The post Moratorium Bakal Dilanjutkan? appeared first on Suara Viral Malaysia.



source: Suara Viral Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post