Kejayaan penyanyi Nabila Razali dan MK dari kumpulan K-Clique membawa watak pasangan bercinta dalam muzik video 'Peluang Kedua' itu ternyata membuatkan penonton ingin percintaan mereka berlaku di dunia nyata.
Hanya melakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej dalam muzik video tersebut, bagaimanapun Nabila berkata dia tidak menolak jodoh dengan sesiapa sahaja termasuk MK jika ianya sudah tertulis.
"Kalau bercakap fasal jodoh ni saya tak boleh buat apa, saya faham mungkin orang nampak keserasian kami dalam muzik video Peluang Kedua. Bagi saya, ia satu tanggungjawab untuk kami sampaikan mesej dan MK lakukan dengan sangat baik," ujarnya.
Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak menjangka lagu dan muzik video 'Peluang Kedua' itu mendapat perhatian sehingga hari ini dan kini menerima lebih daripada 65,000 komen di YouTube.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
source: NABILA TAK TOLAK JODOH DENGAN SESIAPA TERMASUK MK K-CLIQUE