PKPB: Rentas Negeri Ke Sarawak Tidak Dibenarkan

M Update, 10/11/2020 – Penduduk negeri yang tidak berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak boleh merentas negeri ke Sarawak.

Ketika ini tiga negeri Pahang, Perlis dan Kelantan sahaja yang masih mengekal status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan negeri lain sudah berada dalam PKPB ekoran peningkatan kes COVID-19

Perkara itu diputuskan oleh kerajaan Sarawak yang tidak membenarkan rentas negeri melalui Semenanjung, Sabah atau Labuan. Sarawak sudah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sendiri, sebagai contoh dari Pahang mahu masuk ke Sarawak, ia tidak dibenarkan. Status kebenaran itu sama. Jika mahu masuk, hanya melalui kebenaran daripada pihak polis sahaja. – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

.

The post PKPB: Rentas Negeri Ke Sarawak Tidak Dibenarkan appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post