Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama

M Update, 3/11/2020 – Persidangan Parlimen yang lebih lama akan menyebabkan mereka yang berada di dalam bangunan itu berdepan risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini kerana terdapat tujuh kes direkodkan semalam yang membabitkan seorang anggota polis bantuan dan pengesanan kontak mendapati isteri dan tiga rakannya, seorang pengamal media serta seorang kakitangan Dewan Negara disahkan positif. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1) bagi memendekkan sesi hari pertama persidangan Parlimen semalam sehingga 1 tengah hari. Beliau berkata ini susulan nasihat pegawai Kementerian Kesihatan selepas seorang kakitangan Dewan Negara telah didapati positif COVID-19.

“Jika mereka berada di tempat sesak, lebih lama mereka di situ maka lebih tinggi peluang untuk mereka dijangkiti.  Sekiranya terdapat kes positif, maka risiko kebolehjangkitan adalah lebih tinggi… Kami berharap mereka yang menghadiri sesi Parlimen akan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kerana pematuhannya amat penting”. – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata persidangan Parlimen yang terakhir ialah pada 23 Sept dan terdapat jurang selama enam minggu sebelum saringan dilakukan pada minggu lepas, maka punca jangkitan tidak diketahui. 

The post Risiko Jangkitan Lebih Tinggi Jika Parlimen Bersidang Lebih Lama appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post