Trump Memalukan – Biden

M Update, 11/11/2020 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, tindakan Donald Trump yang enggan mengakui dan menerima keputusan pilihan raya Presiden AS sebagai ‘memalukan’ dan akan memberi kesan kepada legasinya,

“Saya rasa ianya memalukan,” kata Biden pada Selasa ketika ditanya pendapatnya mengenai penolakan Trump untuk mengakui kekalahan dalam pilihan raya pada 3 November lalu. Bagaimana saya dapat mengatakan ini dengan sebaik-baiknya.

“Saya rasa ia tidak akan membantu legasi yang ditinggalkan Presiden,” kata Biden kepada wartawan di bandar Wilmington, Delaware.

Ketika ditanya apa yang akan beliau katakan kepada Trump, jika diberi kesempatan, Biden menjawab: “Tuan Presiden sedang menunggu untuk berbicara dengan anda.” Biden yang juga calon Demokrat mengurangkan tekanan itu dalam proses peralihan kepada pentadbiran baharu.

“Walaupun mereka belum bersedia mengakui bahawa kami menang ketika ini, ia tidak membawa banyak kesan dalam perancangan kami.

“Saya rasa pada akhirnya, semuanya akan menunggu pada 20 Januari ini, tetapi dalam tempoh sekarang ini saya berharap rakyat Amerika tahu dan memahami bahawa adanya peralihan kuasa,” kata Biden.

Biden pada Selasa bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Trump dan hanya memberitahu sambil tersenyum: “Tuan Presiden, saya berharap dapat bercakap dengan kamu.” Pada masa sama, beliau juga sudah menubuhkan pasukan petugas khas Covid-19 dan kini menyaring calon sesuai untuk Kabinetnya. – AFP/BH Online

The post Trump Memalukan – Biden appeared first on M-Update.



source : M-Update

Post a Comment

Previous Post Next Post