Ibu kepada ratu rock negara Ella Aminuddin iaitu Yang Asmah Long telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi.
Berita itu dikongsi menerusi Instagram (IG) miliknya yang dimuat naik oleh pentadbir (admin) akaun tersebut.
“Salam dan sejahtera . Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi.
“Allahvmmaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha.
“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kvbur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat turut menghulurkan ucapan takziah.
“@alifsatar: Innalillahiwainnailayhirojiuun… Salam takziah buat akak sekeluarga. Semoga r0h arw4h sentiasa dicucvri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
“@nouruldepp: Innalillah… Al-fatihah. Salam takziah.
“@elizadsharifuddin: Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah kak Ella dan keluarga . Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.
“@zahidarafik: Al-fatihah.. Salam takziah buat Ella dan keluarga, semoga arw4h di tempatkan di kalangan orang-orang beriman,” antara yang ditulis.
Uapan takziah juga daripada warga Gempak untuk keluarga Ella Aminuddin, moga rohnya dicucvri rahmat oleh Allah S.W.T.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://gempak.com/
Sumber: Sinar Viral