“Allah Dah Tvtup Aib Akak Cantik-Cantik, Korang Keluar Juga Video Berkemban” A1r M4ta Noorkhiriah Tumpah, Rayu Supaya TikTokers…

Pelakon Noorkhiriah merayu kepada pengguna media sosial TikTok supaya tidak menggunakan video lamanya ketika tidak berhijab.

Luahan tersebut dibuat Noorkhiriah menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Menurut Noorkhiriah, dia kini telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai mesej daripada orang ramai yang berkongsi video lakonan lamanya.

“Sebenarnya dah cakap banyak kali, dah berbuih mulut.

“Ramai mesej akak hantar video lama-lama akak, katanya dah viral dekat TikTok.

“Akak sedih, korang dah tau kan akak dah full berhijab tapi masih nak keluarkan cerita waktu belum bertudung.

“Sudah la tidak bertudung, akak dalam video tu berkemban walaupun ada tuala kat atas.

“Kalau korang berfikiran waras, mesti takkan keluarkan video macam tu,” katanya.

Jelasnya, dia memang tidak mempunyai kuasa jika membabitkan stesen televisyen kerana hak cipta milik mereka.

“Tapi untuk budak TikTokers ni, tolong lah akak merayu sangat.

“Tak kiralah minat sekali pun tolonglah, jangan keluarkan cerita yang nampak aurat akak.

“Bila disuruh padam tak padam. Allah dah tutup a1b akak cantik-canti tapi korang keluarkan juga,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post