CUACA panas yang sedang melanda negara ketika ini h4ngat diperkatakan dalam kalangan masyarakat, termasuk murid di sekolah.
Gara-gara berasa panas di kelas, seorang bapa sanggup bersusah payah membawa sebuah kipas berdiri dari rumah ke sekolah anak perempuannya.
“Pagi tadi, my princess mengadu panas bila dalam kelas, daddy terus bawakan kipas hantar ke kelas dia. Alhamdulillah, terima kasih atas segalanya,” menurut keterangan video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.
Wanita berkenaan, Ros Ramlan berkata, rakaman dibuat ketika menghantar anak perempuannya berusia sembilan tahun ke sekolah di Sentul, Kuala Lumpur, pada tengah hari Khamis.
Ros bersama kipas yang dibawa ke sekolah.
Ibu berusia 43 tahun itu memberitahu, pada sebelah pagi, anaknya itu mengadu panas ketika belajar disebabkan kipas di kelasnya mengalami kerosakan.
“Anak saya tanya ada kipas lebih tak, sebab nak minta untuk bawa ke sekolah. Saya maklumkan mana boleh buat macam tu, nanti pihak sekolah marah.
“Saya pun hubungi guru di sekolah bagi mendapatkan kepastian dan memang betul kipas di kelasnya rosak. Jadi, saya minta izin untuk bawa kipas ke sekolah, kebetulan memang ada kipas lebih yang tidak digunakan di rumah,” katanya kepada mStar.
Ros (kiri) bersama suami dan anak bongsunya.
Ros berkata, kipas berdiri tersebut dibawa menggunakan kereta dan dihantar oleh suaminya ke pintu pagar sekolah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun menjelaskan bahawa penghantaran kipas tersebut ke sekolah bukan untuk kegunaan anak bongsunya itu seorang semata-mata.
Dengan norma baharu sekarang murid-murid perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di kelas. Oleh itu, keselesaan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan.
ROS RAMLAN
“Dari pintu pagar sekolah, guru tolong bawa masuk kipas ke kelas. Kipas tu dipasang bukan untuk fokus anak saya seorang, sebab ia memberi keselesaan untuk seisi kelas.
“Kipas yang dipasang di kelas anak saya itu menggunakan mod berpusing. Jadi, semua kawan-kawan dia dapat rasa angin termasuk guru,” katanya sambil menambah suaminya yang berusia 39 tahun itu berasal dari Nigeria dan berniaga sendiri.
Ros (duduk, dua dari kiri) bersama keluarganya.
Menyifatkan anak perempuannya itu sebagai manja tetapi pendiam, sebagai ibu dia memahami apa yang dirasainya memandangkan cuaca panas sejak akhir-akhir ini.
“Anak saya memang tak tahan panas, nanti badan mudah naik ruam. Dia baru luahkan kipas di kelas baru rosak.
“Tambahan pula anak saya ni kurang bercakap, jadi kalau dia bersuara tentang masalah ruam tu, maka realitinya memang keadaan panas,” ujarnya.
Sehubungan itu, Ros yang merupakan ahli perniagaan berkata, kipas tersebut disumbangkan kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid.
“Saya kata pada guru, gunakanlah kipas yang kami bawa dari rumah tu sementara kipas di kelas diperbaiki. Kalau kipas di kelas dah elok, simpankan saja untuk kegunaan di sekolah.
“Dengan norma baharu sekarang murid-murid perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di kelas. Oleh itu, keselesaan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan,” katanya.
Pengorbanan seorang ibu pastinya merupakan satu topik yang kerap dibincangkan. Pernahkah anda terfikir mengenai pengorbanan bapa terhadap keluarga dan anak-anak pula?
Definisi pengorbanan bagi saya adalah, menyerah sesuatu yang bersifat sementara untuk sesuatu yang kekal lebih baik.
Terdapat banyak perkara yang ringkas dalam hidup yang dikatakan pengorbanan juga, namun semuanya tidak terbanding dengan menghabiskan masa dengan anak-anak anda.
pengorbanan bapa, pengorbanan ayah, ayah yang baik, tanggungjawab bapa kepada keluarga, tanggungjawab ayah, viral 2019, malay, peranan ayah dalam keluarga, peranan bapa dalam keluarga
Jika ada yang lebih penting dari itu, adalah berkorban dari semua itu untuk memberikan yang lebih baik untuk mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Mstar
Sumber: Sinar Viral