SIAPA sangka suami yang mvntah secara tiba-tiba di hadapan pintu pagar rumah selepas keluar makan bersama memberi petanda kepada seorang wanita bahawa dia hamil anak sulung.
Detik manis tapi melucukan itu dikongsikan menerusi satu video di aplikasi TikTok, selepas menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sejak mendirikan rumah tangga.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Syifa Majid berkata, dia berkahwin pada 7 Disember 2018 dan sejak itu mengimpikan untuk dikurniakan zuriat.
Berkongsi pengalaman, dia yang berusia 26 tahun bagaimanapun berkata hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika selepas terbabit dalam kemal4ngan motosikal pada April 2019.
“Insiden berlaku sebab nak elak anjing. Akibatnya saya patah kaki dan perlu menjalani pembed4han. Saya terpaksa bercuti tanpa gaji disebabkan keced3raan yang dialami.
“Sepanjang tiga bulan, pergerakan saya bergantung kepada kerusi roda dan tongkat. Ambil masa juga untuk pulih dengan melakukan fis1oterapi,” katanya kepada mStar.
Syifa (kanan) dan suami mendirikan rumah tangga pada 2018.
Lebih mesra disapa Syifa, katanya, keadaan dirinya yang bertambah baik membuatkan dia bersama suami meneruskan rancangan untuk menimang cahaya mata.
“Kami siap pergi honeymoon di Turki akhir 2019. Masuk tahun berikutnya saya mula p4nik setiap kali lewat datang bulan (haid) atau ada s1mptom seperti orang mengandung.
“Setiap bulan mesti check ujian kehamilan (UPT). Tapi bila dah masuk bulan Julai, saya makin p4nik sebab belum ada tanda-tanda hamil,” katanya yang berasal dari Jitra, Kedah.
Menggunakan kerusi roda selepas mengalami kemal4ngan motosikal.
Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, dia meletakkan harapan tinggi menjelang ulang tahunnya ke-25 pada 27 Oktober lalu berikutan lewat datang bulan dari kebiasaan.
“Tapi keputusan masih negatif sehari sebelum tu. Saya sedih sangat, sampai nangis-nangis. Ikutkan tak nak ada sambutan hari jadi tapi keluarga dah buat, saya turutkan saja.
Kalau mak boleh bersabar berpuluh tahun, kenapa saya tidak boleh lakukan perkara yang sama sedangkan usia perkahwinan saya baru dua tahun.
NURUL SYIFA MAJID
“Balik ke rumah selepas sambutan malam tu, saya sambung menangis. Nampak je saya gembira depan kek hari jadi, tapi dalam hati rasa berkecai,” tambahnya.
Syifa yang bertugas sebagai pembantu tadbir kemudian memutuskan untuk berhenti memeriksa ujian kehamilan apabila lewat datang haid kerana tidak mahu kecewa lagi.
Syifa (kiri) dan suami berbulan madu di Turki, akhir 2019.
Dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil, Syifa melihat ibu angkatnya yang kini berusia 64 tahun sebagai inspirasi bagi menguatkan semangatnya untuk tidak berputus asa dalam mendapatkan zuriat.
“Mak dan arwah ayah (ibu bapa angkat) ambil saya sebagai anak angkat selepas usia perkahwinan mereka 13 tahun tanpa dikurniakan cahaya mata dan saya baru berusia beberapa hari masa tu.
“Kalau mak boleh bersabar berpuluh tahun, kenapa saya tidak boleh lakukan perkara yang sama sedangkan usia perkahwinan saya baru dua tahun,” katanya yang menganggap ibu angkatnya seperti ibunya sendiri.
Syifa (tengah) bersama ibu angkat (kiri) dan suami.
Bagaimananapun katanya, suaminya mula menunjukkan perubahan dengan alahan seperti mvntah, pening dan dem4m sejak November 2020.
“Sehinggalah 1 Disember lalu selepas makan malam, sampai saja depan pintu pagar rumah, suami saya mvntah-mvntah. Saya pula masa tu terasa nak buang air kecil sangat-sangat.
“Masuk rumah, saya terus ke bilik air dan kemudian tergerak hati nak guna ujian kehamilan. Bila tahu ada dua line tanda saya hamil, saya meraung sebab terlalu beremosi dan rasa macam tak percaya.
“Di sebalik video saya meraung tu, sebenarnya suami saya tak berhenti ketuk pintu bilik air sebab dia nak cuci muka dan mandi selepas mvntah-mvntah depan pintu pagar. Syukur Alhamdulillah, saya kini hamil dengan kandungan berusia hampir lima bulan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/3eCLXi2
Sumber: Sinar Viral