Tak Kis4h Apa 0rang Kata, Peminat ‘Frame’ Bungkusan The BTS Meal Sebagai Kenangan

 

Umum mengetahui, beberapa hari lalu McDonald’s telah melancarkan secara rasmi menu kolaborasi bersama BTS. Menu yang dikenali sebagai The BTS Meal itu didatangkan dengan nuget, sos cajun, sos cili manis dan air minuman.

Menu ini boleh dikatakan menerima sambutan yang sangat menggalakkan apabila ramai peminat BTS berkongsikan pengalaman mereka membeli The BTS Meal di media sosial.

Ada juga juga yang dilihat menjual semula bungkusan The BTS Meal di Carousell dan Shopee buat peminat lain yang tidak berkesempatan untuk membeli menu istimewa ini.

Letak bungkusan dalam frame

Seorang peminat BTS yang dikenali sebagai Iman, ada berkongsikan satu gambar di Twitter berkenaan bungkusan The BTS Meal yang diletakkan di dalam bingkai gambar.

Apabila dilihat sekali lalu, anda mungkin tidak perasan bingkai ini sebenarnya adalah hasil daripada pot0ngan bungkusan The BTS Meal. Kreatif kan?!

Ciapan ini menerima banyak reaksi p0sitif daripada netizen yang memuji sifat kreatif g4dis ini. Namun, ada juga yang bertindak meng3cam dan menganggap g4dis ini terlalu taksvb terhadap BTS.

Tidak kisah tanggapan orang

Jelas Iman dalam satu ciapan, dia sebenarnya tidak kisah terhadap tanggapan orang luar yang meng3cam dirinya. Dia meletakkan bungkusan tersebut ke dalam bingkai hanya kerana mahu menjaga kebersihan dan mengelakkan bungkusan tersebut daripada kotor.

Sambung Iman lagi, kolaborasi di antara McDonald’s dan BTS adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan terjadi lagi. Jadi, dia mahu mengumpul bungkusan tersebut sebagai kenangan buat masa hadapan.

G4dis berusia 20 tahun ini juga berkata menu kolaborasi ini akan menjadi barang ‘rare’ pada masa hadapan. Salah satu cara untuk menjaga bungkusan ini adalah dengan meletakkanya di dalam bingkai.

Diajar 3Rs sejak kecil

Terang Iman, dia sudah dididik untuk mengamalkan 3Rs (Reduce, Reuse and Recycle) sejak kecil oleh keluarga. Jadi, membersihkan semula bungkusan The BTS Meal bukanlah satu perkara yang asing buat dirinya.

Frame dengan rekaan lain

Selepas menerima banyak reaksi p0sitif daripada netizen, Iman turut mencipta rekaan frame yang baru menggunakan bungkusan The BTS Meal.

Anda boleh lihat rekaan lain frame di bawah ini, kemas dan cantik!

Ketika dihubungi, g4dis ini jelas teruja untuk berkongsikan sisi kreatifnya, namun khuatir dengan persepsi masyarakat terhadap peminat K-pop.

Setiap orang ada minat yang tersendiri. Selagi minat itu tidak melamp4ui batas dan membahayakan diri sendiri, apa salahnya mereka menikmati minat mereka. Kan?

Jika Iman mencipta frame daripada The BTS Meal sebagai kenangan, apa cara anda untuk menyimpan bungkusan menu istimewa ini? Kongsikan di ruangan komen!

 

Kredit: taeciduk / Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post