[Vide0] Prof Muhaya Buat Warg4net M4rah Lagi, Kali Ini Sentuh Isv Wanita Bekerjaya – “Orang Ada Akademik Tinggi D4pat Apa Masa PKP?”

Selepas tular video mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh’ dalam mencari jodoh, pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya sekali lagi menjadi perhatian warganet.

Menerusi rakaman tersebut, Dr Muhaya kelihatan seolah merendahkan martabat wanita yang bekerjaya.

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah.. sudahlah.

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.

“Wanita solehah nilai dia labih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challengechallenge.

“Bonda nak tanyalah sekarang ini, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me.

“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” katanya.

Difahamkan, rakaman berdurasi 45 minit itu merupakan sebahagian daripada video asal yang dimuat naik di Youtube menerusi akaun Prof Muhaya TV.

VIDEO:

Hasil tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati serta marah selepas mendengar kenyataan tersebut memandangkan Dr Muhaya bukan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

“Tapi Bonda Prof kot & Bonda pun belajar sampai PhD.. Salah ke kalau kita, perempuan, nak belajar tinggi tinggi dan ada karier? Untuk diri sendiri pun tak boleh ke? Sedihnya.

“Sesak dada dengar. Dia sendiri seorang doktor, seorang wanita bekerjaya.

“Salah ke perempuan nak bangga dengan pencapaian diri? Bukan nak lawan lelaki pun,” antara komen-komen ditulis.

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber:gempak



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post