Enggan cuci akuarium, isteri goreng ikan arowana milik suami

JAKARTA – Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir pad4h apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.

Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana ger4m dengan perangai suaminya.

Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.

Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri.

Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi m4buk.

Video:

@miakurniawan01

goreng arwana😁#fyp

♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.

“Tetapi ikannya menjadi m4buk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.

Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.

Komen Netizen:

Video tersebut sudah ditonton lebih 2.7 juta kali dengan 73,000 tanda suka, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang netizen.

“Terus dic4mpak isterinya ke dalam kolam,” tulis netizen lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/3kJY7Is



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post