Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan yang membenarkan rakyat untuk merentas negeri, ramai yang mengambil peluang untuk balik ke pangkuan keluarga selepas 9 bulan sekatan dilakukan.
Jika ramai yang balik menemui keluarga masing2, ada juga yang mengambil kesempatan itu untuk balik menemui isteri kedua beliau. Bukan sahaja bini pertama memberi kebenaran bahkan juga memberi barangan dan bekal untuk bini kedua.
Video tersebut telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok yang meraih ribuan tontonan yang rata2 geli hati melihat keriangan balik ke rumah isteri muda tu. Nampak seperti tidak sabar ayahnya untuk turun menemui isteri mudanya itu.
Menurut anak perempuan beliau, sudah berada lama ayahnya itu tidak menemui isteri keduanya itu dan bila dibuka untuk merentas negeri, dia mengambil peluang untuk tinggal bersama isteri mudanya selama sebulan.
Video:
@ina.azalea Kite hantar abah gi honeymoon
Menjengah ke ruangan komen pula rata2 terhibur dengan anak beranak ini yang sangat sporting dengan ayahnya seperti seorang kawan. Masing2 memuji sikap beralah antara isteri pertama dan kedua. Bila dah tua2 ni masing beralah la kan.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Tiktok
Sumber: Sinar Viral