“Ini pameran jemuran kain ke?” – Penganjur Turunkan Lukisan Lepas Ramai Artis Mengadu Karya ‘Disidai’ Dekat Mall Di KL

Kalau korang pernah pergi mana-mana pameran lukisan, biasanya orang yang tengok mestilah nak datang dekat untuk meneliti karya yang dibuat oleh pelukis kan?

Tapi apa yang berlaku di pameran Artisfair di pusat membeli belah Fahrenheit 88 di Kuala Lumpur ni lain pulak.

Penganjur telah dikritik tak menghormati karya bila mereka membuat keputusan untuk menggantung kanvas-kanvas lukisan di tepi balkoni setiap tingkat di mall tersebut

Memetik laporan dari Coconuts, sekurang-kurangnya dua artis telah mengambil semula karya mereka dari menyertai pameran tersebut selepas melihat cara penganjur menggantung karya seperti menjemur baju.

Manakala ramai netizen bersetuju cara pameran seperti ini seolah-olah tak menghormati karya. Tak kurang juga ramai tanya macam mana nak tengok karya tu.

Bagaimanapun, dikatakan penganjur telah pun menurunkan semua karya-karya pameran tersebut yang digantung di tepi balkoni.

Nasib baik penganjur bertindak pantas turunkan balik semua ni. Kalau jatuh tu naya jugak. Bukan je habis semua hasil artis-artis ni, bah4ya jugak kalau kena orang. Berat tu!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post