Meruntun Jiwa.. Shuib Kongsi Perbualan Akhir Arwah Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Dalam MV ‘Tinggalkan Diriku’ – ‘Ampunkan Dosa-Dosa I Ya’

9 Ogos menjadi satu tarikh yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan Shuib tatkala isteri yang dikasihnya, penyanyi, Allahy4rham Siti Sarah pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Pastinya kehilangan tersebut meninggalkan kenangan yang teramat sukar untuk dilalui.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Men1nggal Dunia

Terbaru, Shuib, 37, berkongsi rakaman perbualan terakhir bersama Allahy4rham Siti Sarah sebelum dia ditidurkan pada 6 Ogos lalu menerusi video muzik (MV) lagu Tinggalkan Diriku yang dimuat naik di Youtube.

Memori paling berharga, Allahy4rham Siti Sarah sempat memohon maaf atas kesilapannya serta mengungkap rasa sayang kepada suami tersayang.

You jangan nangis.. daddy jangan sedih. Ampunkan dosa-dosa I ya. Love you!

Dalam rakaman tersebut, Shuib turut meminta Allahy4rham Siti Sarah untuk kuatkan diri ‘berlawan’ dengan peny4kit itu.

Ibu.. ini satu step ni je you kena lepaskan.. you minta dengan Allah kuatkan semangat you, Insya-Allah lepas ni kita akan tengok baby kita. Sumpah I memang sayang you sangat.

Momen paling sukar

Pemilik nama Shahmira Muhamad berkata lagu hasil ciptaan oleh Aidit Alfian merupakan rakaman nyanyian semasa Allahy4rham Siti Sarah menjalani latihan sebuah showcase di Matic, Kuala Lumpur, pada tahun 2018.

Enam hari selepas pemergian Allahy4rham Siti Sarah, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir tatkala mendengarkan semula lagu itu. Cara penyampaian Siti Sarah begitu berbeza dan istimewa sekali seakan sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah begitu dirasakan sekarang.

Dalam pada itu, bapa kepada empat orang anak itu akui momen memujuk Allahy4rham Siti Sarah untuk ‘ditidurkan’ adalah tugasan paling sukar dalam kehidupannya.

Dalam MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah untuk memberikan kata-kata semangat dan memujuk arw4h untuk ditidurkan.

Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.

Komen Netizen:

Terdahulu, Allahy4rham Siti Sarah men1nggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bert4rung nyawa mel4wan v1rus Cov1d-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia tiga bulan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post