Bapa kalau jaga anak tak kreatif tak sah! Risau si ibu… bayi 4 bulan dalam carseat dibawa ‘bersiar-siar’, rupa-rupanya nak test control car

GOLONGAN bapa kalau jaga anak mesti kreatif!

“Ni betul-betul makan angin ni kreatif bapanya,”

Itu antara komen warga maya yang terhibur melihat sebuah video bagaimana seorang bapa membawa anaknya bersiar-siar menggunakan sebuah kereta kawalan jauh.

Raja Amalina Nor Azman,29 iaitu ibu kepada kanak-kanak tersebut berkata, video anaknya Raja Fahri Raja Zulhilmi Zharif yang ketika itu baru berusia empat bulan itu dirakam kira-kira dua bulan lalu.

Membahasakan dirinya sebagai Lina, peniaga barangan kecantikan ini berkata, suaminya, Raja Zulhilmi Zharif Raja Norddin,29 ketika itu sedang mencuba kereta kawalan jauhnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video tu dirakam awal pagi dalam pukul 7.30 macam tu, suami tengah nak test dia punya traxxas car, Lina masa tu tengah dalam rumah, anak bongsu di luar dengannya.

“Masa tu anak ada dalam carseat jadi dia nak test kereta tu dia pasang trailer – yang bahagian belakang kereta tu dia ikat carseat pada trailer,” katanya yang menetap di Puchong, Selangor.

Raja Amalina bersama keluarganya.

Mengakui dirinya sedikit risau melihat perbuatan suaminya, Lina bagaimanapun percaya suaminya sudah memastikan bahawa carseat dengan anaknya sudah diikat kemas pada trailer terbabit.

“Risau juga tapi tak apa la kita record sekejap je, memang tak lama pun, kalau tengok video pun sekejap je.

“Lepas tu terus angkat baby, nasib baik anak tu diam je,” kata ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini termasuk yang sulung Raja Zhafri dan Raja Ali anak keduanya yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Koleksi kawalan jauh Raja Zulhilmi.

Menurut Lina, suaminya itu sememangnya gemar bermain dengan kereta kawalan, malah dia mempunyai beberapa koleksinya sendiri.

“Selalu dia akan main dengan anak sulung, daddy dia akan ajar cara main kereta kawalan tu, mereka akan main dekat taman-taman atau dekat kawasan Puchong kalau ada tempat berbukit.

“Biasa anak akan kongsi main kereta kawalan ayah dia,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post