BAPA mana yang mampu menahan air mata tatkala menerima hadiah bermakna daripada anaknya?
Begitu jugalah situasi yang dilalui oleh seorang warga emas ini sehingga dia menjadi kelu seribu bahasa kerana terharu dengan kejutan yang dihadiahkan oleh anaknya.
Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Wan Nur Syaidatul Amirah Wan Ahmad berkata, kejutan tersebut adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora pemberian daripada abang keduanya.
Senang disapa Amirah, gadis ini berkata kejutan untuk bapanya, Wan Ahmad Wan Ibrahim, 70, bukanlah sempena hari lahir atau sambutan istimewa lain, sebaliknya ia sebagai hadiah buat seorang insan yang sudah banyak berkorban buat anak-anak.
“Ayah memang ada kereta Proton Saga. Tapi kereta tu dah lama ayah gunakan… hampir 20 tahun dah kereta tu berkhidmat untuk keluarga kami.
View this post on Instagram
“Biasalah kereta lama, memang selalu meragam. Baiki pun tetap meragam semula. Saya ingat lagi, masa saya belajar di koleh matrikulasi, ayah tak m4tikan enjin bila hantar atau jemput saya sebab bimbang ia sukar nak hidupkan semula.
“Segala-galanya bermula selepas ayah hantar abang ke lapangan terbang tiga tahun lepas, sebab abang menetap di Sarawak. Dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang, kereta meragam.
“Dari situ, abang tekad nak kumpul duit dan hadiahkan kereta baru untuk ayah dan kini sudahpun tertunai,” ujar gadis berusia 20 tahun ini.
Bercerita mengenai kejutan tersebut, Amirah berkata abangnya pada mulanya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan adik beradik yang lain.
Proton Exora yang dihadiahkan oleh abang kedua Amirah untuk ibu bapa mereka.
“Dekat grup WhatsApp, dia ada hantar gambar dan tanya ‘cantik tak kereta ni?’. Tapi dia tak cerita panjang lebar. Tapi saya boleh hidu rancangannya.
“Walaupun jarak usia jauh iaitu lebih 20 tahun namun kami rapat. Tekaan saya hampir tepat selepas dia tanya saya mengenai tarikh lahir ayah. Saya pelik juga sebab hari lahir ayah dah lepas. Rupa-rupanya tarikh itu dia nak abadikan di nombor pendaftaran kereta.
“Tapi bila tanya, dia enggan cerita… dia cuma minta doakan yang baik-baik. Tapi yang benar-benar buat saya boleh agak, bila dia minta salinan kad pengenalan dan lesen ayah. Akhirnya kami dapat tahu kereta tu kejutan abang untuk abah,” ujarnya yang juga sedang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam jurusan Sains Marin.
Abang ada hantar gambar dan tanya ‘cantik tak kereta ni?’. Tapi dia tak cerita panjang lebar. Tapi saya boleh hidu rancangannya.
WAN NUR SYAIDATUL AMIRAH WAN AHMAD
Menurut Amirah, kejutan tersebut dijayakan oleh penasihat jualan Proton yang menghantar hadiah kereta berkenaan ke rumah ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan pada 11 Disember lalu.
“Masa diminta buka kotak yang berisi kunci pun wajah ayah dah lain. Bila kereta dibawa masuk halaman rumah, ayah dah tak boleh tahan terharu dan sebak. Dia menangis sampai tak mampu nak bagi ucapan. Umi yang wakilkan bagi ucapan sebagaimana dalam video yang dimuat naik dekat TikTok,” ujar anak kelima daripada tujuh adik beradik ini.
Amirah berkata, abang keduanya yang merupakan seorang pegawai polis adalah seorang abang dan anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga.
Amirah (tiga, kanan) bersama ibu bapa dan sebahagian adik beradiknya sewaktu Aidilfitri lalu.
“Abang banyak bantu sara keluarga kami lebih-lebih selepas ayah pencen sebagai pesara kerajaan. Dia tak benarkan ayah bertukang sebab dah berusia… kiranya dialah pengganti kepada ayah untuk sara kami.
“Dia selalu nasihat kami jangan lupa umi dan ayah, dan sentiasa dahulukan mak ayah… dia memang jadi idola untuk saya.
“Sebagai seorang anak, selagi ada ibu bapa, kita berbaktilah walaupun kita bukan orang senang dan bergaji kecil. Bila kita share, lagi berkat walau sikit,” katanya lagi.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral