Sayang nak buang, suami isteri transform almari lama jadi rumah mewah buat si bulus… bertukang ‘asal boleh je’ tapi kreatif!

SIAPA sangka sebuah almari pakaian lama dijadikan sebagai sangkar kucing.

Kreativiti sepasang suami isteri membina tempat tidur dan bermain haiwan peliharaan mereka menjadi perhatian di media sosial.

Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak membeli sangkar kucing yang banyak dijual di pasaran.

Bercakap kepada mStar, Izyan Suraya Khalib @ Khalid berkata, dia membeli seekor kucing betina pada 2012 tetapi ia hilang pada Mei 2021.

Wanita berusia 35 tahun itu memberitahu, misi pencarian dilakukan selama sebulan di kawasan perumahan mereka di Beranang, Hulu Langat di Selangor tetapi tidak berhasil.

“Pada Disember lalu, suami terjumpa seekor anak kucing tanpa ibu di tengah jalan. Ingatkan tak nak bela dah tapi memang niat nak selamatkan sebab kasihan.

“Kucing jantan ini kami beri nama Aegi. Buat masa ini, kami bela kucing kampung seekor saja,” katanya ketika dihubungi.

almari jadi sangkar 2

Almari lama yang tidak sesuai lagi untuk menyimpan baju.

Susulan penemuan anak kucing itu, Izyan berkata, mereka memerlukan sangkar kucing untuk menempatkannya dalam keadaan yang selesa di rumah.

“Saya buat survey cari sangkar kucing tapi harga mahal. Bukan tak ada sangkar, tapi yang sedia ada agak kecil.

“Secara kebetulan, kami ada almari yang tidak digunakan lagi. Hari-hari pandang almari tu tiba-tiba datang idea untuk transform jadi sangkar kucing, almari tu pun besar,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

almari jadi sangkar 4

Proses transformasi almari menjadi sangkar kucing.

Mengulas lanjut, dia yang mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun berkata, almari tersebut sepatutnya dibuang kerana keadaannya tidak lagi sesuai untuk menyimpan pakaian.

“Kami nak buang sebab dah lama, lebih sembilan tahun. Dah sebulan almari tu dikosongkan tapi tak ada sebarang tindakan pun.

“Saya tengok banyak rumah kucing yang luas dan cantik di media sosial. Teringin nak ada ruang besar untuk kucing saya, itu yang kami buat sendiri guna almari,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Teringin nak ada ruang besar untuk kucing saya, itu yang kami buat sendiri guna almari

IZYAN SURAYA KHALIB @ KHALID

Izyan berkata, dia dan suami mengambil masa sehari untuk melakukan transformasi membabitkan kos kurang RM150 untuk pembelian bahan dan kelengkapan.

“Memang mencabar nak buat. Kami ingatkan senang je, rupa-rupanya kayu almari di bahagian tengah agak keras dan tebal.

“Kami suami isteri pula bukannya ada pengalaman bertukang, potong kayu ni. Kami buat asal boleh je,” katanya sambil menambah suaminya bertugas sebagai penolong jurutera.

almari jadi sangkar 3

Kucing jantan bernama Aegi.

Dalam pada itu, Izyan yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, sangkar kucing tu boleh memuatkan antara tiga dan empat ekor kucing.

“Lepas dah siap, rasa puas hati sangat sebab sangkar tu besar, berukuran 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Saya bersyukur suami sanggup layankan mengikut idea saya.

“Bahan yang kami guna pun mudah nak cari dan murah. Nak buang almari lama tapi sayang pula, akhirnya kami transform jadi sangkar kucing,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post